Translate

Selasa, 05 Januari 2016

BERFIKIR POSITIF TERHADAP ORANG LAIN

🌺BERFIKIR POSITIF TERHADAP ORANG LAIN🌸

Nasehat mulia dari hamba mulia Sultan Aulia Syeikh Abdul Qadir Al Jailani.

🔹اذالقيت احدا من الناس رايت الفضل له عليك، وتقول: عسى ان يكون عند الله خيرا مني وارفع درجة .

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu ;“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”

🔹فان كان صغيرا قلت: هذا لم يعص الله وانا قد عصيت فلا شك انه خير مني.

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

وان كان كبيرا قلت: هذا قد عبد الله قبلى.

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

🔹وان كان عالما قلت: هذا اعطىي ما لم ابلغ ونال ما لم انل وعلم ما جهلت وهو يعمل بعلمه.
4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

🔹وان كان جاهلا قلت: هذا عصى الله بجهل وانا عصيته بعلم ولا ادري بما يختم لى او بما يختم له .

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.

🔹وان كان كافرا قلت: لا ادري عسى ان يسلم فيختم له بخيرالعمل وعسى ان اكفر فيختم لي بسؤالعمل .

6. jika ketemu orang kafir, maka katakanlah dlm hatimu; "Aku tdk tau apa yg akan terjadi, bisa jadi dia memeluk islam dan mengakhiri hidupnya dgn perbuatan baik, sedang aku justru berbuat kafir dan mengakhiri hidupku dgn perbuat buruk."

Nashoihul-'Ibad . Darul Kutub Al Islami.

Tidak ada komentar: